Pageviews past week

Sunday, June 19, 2011

10 Dalil Cadangan Untuk Tak Datang Seminar HTM

Dalil yang pertama
Hizbu Tahrir sibuk mengajak orang kepada mengikuti Islam yang syumul, susahlah macam ini, kita sekarang hidup dunia moden. Takkan kita nak naik unta pulak. Awek saya nanti marah pulak saya pergi ke program HT.

Dalil yang kedua
Hizbu Tahrir ini anti-sekularisma, anti manusia buat undang-undang sendiri, susahlah macam ini nak hidup dan nak cari makan, dulu bapa mertua saya duduk di kerusi Tok Batin, saya sebut HALAL, dia luluskan hub halal. Senangkan kalau undang-undang dan pengurusan negara dibuat sendiri oleh manusia?

Dalil yang ketiga
Hizbu Tahrir ini mengajak orang untuk menegakkan sistem Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Susah juga sebab saya ini kaki rasuah, ketua Bani Melayu pulak tu. Nak buat projek takkan tak ada duit pelincir, tak cerialah hidup ini.

Dalil yang keempat
Hizbut Tahrir ini mengajak orang untuk menegakkan politik Islam, sistem pemerintahan Islam Khilafah. Saya rasalah kalau Khilafah ini tegak agaknya boleh tak saya buat renovation rumah ala bali RM6.5 juta untuk bayar arkitek aja. Susahlah macam ini.

Dalil yang kelima
Hizbu Tahrir ini sering menyerang institusi riba, kalau khilafah berdiri macam mana saya nak jawab income saya dari Panel Syariah Takaful X dan Y, dan perbankan Islam X dan Y, sedangkan saya tahu mereka ini menggunakan saya untuk kepentingan mereka. Sayapun gunakanlah mereka untuk kepentingan saya.

Dalil yang keenam
Ambo dok jauh, nok gi susoh dok klate. Natti kalu buat di Klate Ambo gilah. Nie cakap sngotti nih.

Dalil yang ketujuh
I kan pelakon glamour Hantu Kak Timah, walaupun i hantu yang cantik dalam cerita itu, tetapi takkan i nak mencemar duli ke program macam ini. Program Islamik macam ini bukan kegemaran i tau. Tetapi kalau kasi i jadi pelakon, isteri Sultan Abdul Hameed II, ok jugak i setuju. Tetapi gajinya biarlah lebih tinggi dari gaji i dapat dalam filem Hikayat Merong Gangsa.

Dalil yang kelapan
Hizbu Tahrir ini sesat, ikut cerita kawan-kawan saya, mereka ini ajak kita ikut Islam syumul, tetapi mereka sesat. Saya takut pergi sana nanti kita tahu Hizbu Tahrir tak sesat. Nanti Dr Leman Din marah saya pulak.Seruan mereka adalah bidaah, Khilafah itu adalah Anugerah Allah. Jadi usaha HT untuk menegakkan Negara Islam dan PAS juga adalah sia-sia. Yang paling benar adalah perjuangan Najeeeb.

Dalil yang kesembilan
Ayoh cik doh pesang doh, jangang bernaung bawah payong HT....saya naqib kawase bangi nih, kalu sayo gi apa kata anak2 usrah sayo.

Dalil yang kesepuluh
Ai tak pergi ke seminar ini sebabnya, penceramah bukan dari filem Hindi, kalau letak Sharukhan saya pergi punya, boleh saya peluk2 atas pentas nanti. Ai nak pergi sopping di Lundong nie, lepas tu lencong ke Kazakstan sekejap.

Tiba2 seorang aja yang wajib pergi "Cikgu"
Cikgu awal datang pagi ini, sambil tangannya mencatat pergerakkan setiap penceramah. Apa boleh buat dah tugas. Sambil tangannya memetik 'button' kamera mengambil gambar penceramah. Untuk dihantar laporan lengkapnya kepada bosnya.

2 comments:

It's me said...

Kesian kt 'Cikgu' 2. Enta apa dibagi makan, otak boleh bertukar jadi mesin.. dh tak boleh berfikir

SoutulMujahid said...

pedas. huhu