Pageviews past week

Wednesday, January 26, 2011

Tentang Perang Saraf (Propaganda) - Islam dan Contoh di Malaysia

Dibawah adalah penulisan saya (SEGMEN A) dan gabungan dari penulisan seorang bekas Mejar (B) Ramli Abdul Rahim, seorang juruterbang (SEGMEN B). Artikelnya agak bagus untuk diteliti dan dikaji dalam realiti bagaimana Malaysia menjalankan propagandanya....Selamat membaca

SEGMEN A

Propaganda yang dilancarkan oleh kaum kuffar mestilah ditentang berdasarkan perspektif Islam. Aqidah Islam telah mengangkat martabat umat Islam ke taraf yang cukup tinggi. Cara berfikir Islam berbeza dengan cara berfikir kaum kuffar. Umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan permainan propaganda yang dilancarkan oleh kaum kuffar. Pertentangan di antara pemikiran Islam dan idea-idea kuffar telah berlaku sejak Rasulullah saw menerima wahyunya yang pertama. Pertentangan ini akan terus berlangsung sehingga kalimat Allah swt tertegak seluruhnya di muka bumi ini. Apakah pula alasan kita untuk menafikan pertentangan tersebut?. Firman Allah swt :

“Dialah Tuhan yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan atas seluruh agama yang ada, meskipun orang-orang musyrik membencinya [TMQ Ash Shaff (61) : 9]

Pada akhir bulan Rejab tahun kedua hijrah, iaitu setelah berlakunya perang Safawan atau lebih dikenali sebagai perang badar pertama, berlaku pula suatu peristiwa yang mencetuskan konflik di antara kaum kuffar di Mekah dan kaum muslimin di Madinah. peristiwa tersebut berkisar tentang pembunuhan yang dilakukan oleh sariyah yang diketuai oleh Abdullah bin Jahsy. Sariyah adalah sebuah pasukan bersenjata kecil yang terdiri daripada 9-10 orang. Sariyah ini telah diutus oleh Rasulullah saw untuk melakukan pengintipan ke atas pergerakan pasukan kaum Quraisy. Dengan takdir Allah swt, berlaku kejadian yang tidak diingini ketika mereka didalam perjalanan yang mana dua daripada anggota sariyah telah hilang kerana keluar mencari unta mereka yang tersesat. Sariyah tiba-tiba bertembung dengan kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Amru bin al-Hadhramiy. Selain Amru al Hadhramiy, kafilah tersebut turut disertai oleh Utsman bin Abdullah, al Hakam bin Kaisan dan Naufal bin Abdullah. Sariyah pimpinan Abdullah bin Jahsy bermusyawarah untuk menentukan langkah mereka yang seterusnya. Mereka memikirkan samada hendak pulang atau menyerang kafilah tersebut. Jika pulang, kafilah itu akan terlepas begitu sahaja dan bagaimana pula nasib dua rakan mereka yang hilang itu? Setelah agak lama bermusyawarah, mereka mengambil keputusan untuk menyerang kafilah kaum kafir Quraisy tersebut. Akhirnya, Amru bin al-Hadhramy mati terbunuh, dua daripada anggotanya ditawan iaitu Utsman bin Abdullah dan al Hakam bin Kaisan manakala Naufal bin Abdullah berjaya melarikan diri. Setelah kepulangan sariyah pimpinan Abdullah bin Jahsy tiba di kota Madinah, mereka segera menemui Rasulullah saw. Baginda lalu bersabda: “Aku tidak memerintahkan kalian membunuh mereka pada bulan haram”. Lalu Rasulullah saw membiarkan dua tawanan dan harta rampasan tanpa mengambil apa-apa keputusan. [Ibnu Hisyam, Sirah Nabi Jilid 1]

Pada masa yang sama, pihak kaum kafir Quraisy menjadikan peristiwa ini sebagai alat untuk melancarkan propaganda terhadap kaum muslimin di Madinah. Orang-orang Quraisy berkata: “Muhammad dan sahabat-sahabatnya telah menghalalkan bulan haram, menumpahkan darah di bulan haram, merampas harta di bulan haram, dan menawan orang-orang di bulan haram.” Segelintir kaum muslimin yang menetap di dalam kota Mekah menangkis tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka melakukannya pada awal bulan Sya’ban. Keadaan menjadi semakin genting apabila kaum Yahudi turut serta mencela apa yang telah dilakukan oleh Abdullah bin Jahsy. Pada masa yang sama Rasulullah saw tetap berdiam diri dan kaum muslimin pula terus merasa resah akibat tuduhan dan celaan yang tidak berpenghujung. Sehinggalah tidak berapa lama selepas itu, Allah swt menurunkan wahyu:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: ‘Berperang pada bulan itu adalah dilarang tetapi menghalangi ( manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduk dari sekitarnya, adalah lebih buruk (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu ( kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup.” [TMQ Al Baqarah (2) : 217]


Ketika ayat ini diturunkan, kaum muslimin menyambutnya dengan gembira dan berasa lapang dada. Nabi saw segera mengambil harta rampasan itu dan dua tawanannya. Ayat di atas dengan jelas mengandungi jawapan yang mematikan berbagai propaganda yang dilancarkan oleh orang-orang Quraisy. [Ibnu Hisyam, Sirah Nabi Jilid 1]



SEGMEN B


Perang Saraf

Majalah Perajurit Julai 2008
PSYOPS-SENJATA PERANG SARAF


"Capture their minds and their hearts and souls will follow"

Perang bermula sejak tamadun manusia itu sendiri wujud demi kepentingan politik, ekonomi dan kuasa, lantas pada abad ke-20, dunia menyaksikan dua peperangan dunia yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan kepada tentera yang berperang tetapi melibatkan orang awam yang tidak berdosa.

Dalam peperangan semua alat digunakan baik yang berupa fizikal mahupun yang tidak dapat digarap dengan dengan deria mata kasar iaitu minda manusia itu sendiri sebagai senjata yang tidak punya sempadan.

Malah dalam abad informasi yang kini bersifat global peperangan akan datang akan lebih rumit kerana apa yang dipunyai musuh juga kita punyai dan apa yang kita punyai juga dipunyai musuh.

Kita bukan sahaja berpayungkan langit yang sama malah batas geografi tidak lagi menjadi halangan jika peperangan itu nanti memanfaatkan apa yang boleh dikungsi melalui maklumat yang dipancarkan satelit dan kita sama-sama mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat.

Sewaktu era Perang Dingin kuasa besar Amerika dan Soviet Rusia sering berlumba-lumba mencuri maklumat dengan penerbangan tinjauan menggunakan pesawat pengintip yang terbang tinggi jauh daripada jejakan peluru berpandu dari bumi ke udara.

Risiko perang mengakibatkan korban nyawa dan dalam perang saraf dan pengintipan, sejarah menunjukkan harga diplomasi yang diperlu dibayar apabila sebuah pesawat pengintip U2 Amerika ditembak jatuh Soviet Rusia pada 1 Mei 1960, dan juruterbangnya Franics Gary Power telah ditahan beberapa lama sebelum ditukarkan dengan perisik Soviet yang ditahan di Amerika.

“Peperangan adalah tipu daya” merupakan ungkapan yang masyhur sehinga kini kerana ia melibatkan taktik dan olahan strategi untuk memenangi sesuatu peperangan dan ia dipraktiskan sejak zaman berzaman.

Sun Tsu,( 544—496 SM), yang mengarang The Art of War, adalah pakar strategi yang paling unggul pada zamannya malahan segala idea yang dicetuskannya bukan sahaja digunakan dalam bidang ketenteraan tetapi kini menyeberang ke dunia perniagaan.

Joseph Goebbels (1887-1945) merupakan jaguh propaganda dan sebagai menteri yang menggerakkan imej kesinambungan Third Reich di bawah Adolf Hitler, beliau cukup berpengaruh bagi menggerakan mesin propaganda perang Nazi.
pengiklanan mempromosikan barangan yang khusus, ia menjurus kepada ekonomi, ia memuji barangan, tetapi propaganda menyebarkan idea dan idea itu adalah untuk politik.

Menurut Karl von Clausewitz (1780-1831) seorang pemikir ketenteraan Prusia pula menafsirkan peperangan sebagai penerusan polisi melalui cara yang berlainan; yang bermaksud peperangan tidak boleh dibezakan di antara struktur politik dan masyarakat (On War, 1968 ms. 89).


Peperangan Psikologi

Kerana kesensitifan politik, peperangan psikologi telah diberi pelbagai nama sepanjang abad ke-20 seperti propaganda, peperangan politik dan operasi gerak saraf (psyops) yang kesemuanya bertujuan untuk melemahkan keyakinan musuh dan menguatkan ketumbukan sendiri.

Sasaran utama peperangan psikologi adalah minda sama ada rakyat, tentera atau negara yang ditujukan melalui pengawalan maklumat sesuai dengan ungkapan "Capture their minds and their hearts and souls will follow" (tawan pemikiran mereka dan hati dan roh mereka akan mengikut).

Peperangan psikologi adalah penggunaan maklumat sebagai senjata perang dan ia diolah begitu rupa hingga kadang-kadang sukar untuk membezakan di antara maklumat yang benar dan yang palsu.

PSYWAR didefinisikan sebagai penggunaan propaganda yang dirancang dan tindakan psikologi yang mempunyai matlamat utama bagi mempengaruhi pendapat, perasaan, sikap dan tabiat kumpulan sasaran musuh bagi membantu mencapai matlamat nasional.

PSYOPS pula adalah operasi yang dirancang untuk menyampaikan maklumat pilihan dan untuk sasaran khalayak bagi mempengaruhi emosi, motif, taakulan objektif dan akhirnya sikap kerajaan asing, pertubuhan-pertubuhan, kumpulan dan individu.
merupakan kuasa besar tentera yang pertama menggunakan perang gerak saraf (PSYOPS) semasa Perang Dunia II terutamanya terhadap Tentera Jepun dan Tentera Gurka yang menjadi elemen Tentera British amat digeruni kerana kepandaian mereka mengunakan pisau kerambit yang dipanggil Kukri.”

Pelbagai Teknik Psyop telah digunakan dalam setiap konflik dan dan darurat sejak 1945 dan ternyata ia amat berkesan seperti dengan operasi siaran dan pengguguran risalah daripada udara ke atas sasaran pemberontak, gerila dan pengganas.

PSYOPS ZAMAN DARURAT

Semangat nasionalisme telah ditiupkan ekoran pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 telah mendorong Parti Komunis Malaya (PKM) dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada 1948, telah menyebabkan kerajaan British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu dan selepas itu PKM diharamkan.

Chin Peng yang menjadi ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan dan dia menjadi dalang kepada mogok bersama dengan kesatuan sekerja serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Penglibatan Tentera

Apabila Darurat bermula pada 1948 tiga batalion pasukan infantri Tentera British, satu regimen artileri, enam batalion Gurkha Rifles, dua batalion Askar Melayu, Guard Brigade dari United Kingdom telah dikerahkan untuk operasi melawan gerombolan komunis.

Sepanjang Darurat 1948-1960 kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis yang digerakkan oleh pemerintah British di Tanah Melayu dengan pelbagai kelengkapkan perang seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Operasi Tentera British di Tanah Melayu dipertingkatkan dan sepanjang zaman darurat tentera dari Negara Commonwealth yang lain iaitu Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji turut digerakkan bersama Polis Khas dan juga Home Guards (Pengawal Kampung).

Perintah Berkurung telah dikuatkuasakan di kawasan yang telah dipengaruhi PKM dan Britih telah memperkenalkan Kawasan Putih dan Kawasan Hitam bagi memudahkan operasi membanteras elemen komunis yang telah rata-rata menyerap penduduk China di Tanah Melayu.

Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, manakala Kawasan Hitam adalah kawasan yang diresapi anasir komunis dan Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin dipengaruhi komunis, dan Kerjaan British mewajibkan setiap Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun.

Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis dengan penempatan semula orang Cina memandangkan sebahagian besar pengikut PKM adalah orang Cina, dan ramai orang Cina yang tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun.

“Kampung Baru" telah diperkenalkan bagi menempatkan penduduk Cina kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mengintai maklumat serta makanan.
setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) yang juga menjalankan PSYOPS untuk gerombolan mereka dapat dikurangkan.

Operasi Firedog

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, No 45 Squadron Royal Air Force (RAF) yang berpangkalan RAF Tengah Singapura terlibat dengan operasi sepanjang Darurat di Tanah Melayu 1948-1960 dengan menggunakan pesawat pengebom jenis Bristol Brigrand.

Pesawat pengebom Canberra turut digunakan pada 1955 dan operasi PSYOPS siaran dari udara (Air Broadcast) dalam pelbagai bahasa dan juga pengguguran risalah dibuat sepanjang 12 tahun kempen melawan komunis yang diberi nama OPS FIREDOG.

Perang Saraf yang dilaksanakan adalah melalui pengguguran risalah dan pada tahun 1954 sahaja merakamkan pesawat RAF Valettas telah melakukan 328 misi pengguguran 73,034,500 risalah dari udara, manakala pesawat RAF Austers menggugurkan 30,726,000 risalah dan semuanya berjumlah 103,760,500 risalah, yang mengandungi 500 design yang berbeza.

Darurat Yang Tragis

Sepanjang 12 tahun operasi melawan pengganas komunis di Tanah Melayu, seramai 5,000 Tentera British telah terkorban di samping 6,000 anak-anak tempatan yang turut menyerahkan jiwa raga mereka untuk melihat negara mereka kembali aman.

Kerajaan British turut kehilangan Pesuruhjaya Tingginya di Tanah Melayu iaitu Sir Henry Gurney yang telah menjadi mangsa serang hendap komunis semasa dalam perjalanannya ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951 yang merupakan moral booster kepada PSYOPS PKM.

Penggunaan Media

Berikutan serangan Jepun dan kekalahan British di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1942, Jepun turut mengambilalih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura.
pada tahun 1945, setelah Jepun menyerah kalah Kerajaan British yang kembali ke Tanah Melayu telah mengambil semula balik stesen-stesen radio berkenaan dan pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura.

Apabila Kerajaan British mengisytiharkan Darurat pada 1948 perkhidmatan radio telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerjaan British untuk menyalurkan program gerak saraf di samping operasi ketenteraan yang sedia ada.

Keberkesanan PSYOPS

Sejauh manakah keberkesanan PSYOPS sebagai senjata untuk dimanfaatkan dalam operasi baik dalam masa perang ataupun masa aman adalah bergantung kepada dokongan massa iatu rakyat yang menjadi khalayak sasaran.

Pengalaman Amerika di Vietnam yang cuba meniru taktik British di Tanah Melayu semasa zaman Darurat ternyata tidak menjadi dan ia keluar dari Vietnam dengan menanggung malu justeru tiada sokongan padu daripada rakyat Vietnam Selatan yang ingin ditolongnya.

PYOPS dan PSYWAR akan terus melatari dunia ketenteraan dan awam sebagai senjata yang terpendam untuk mencapai matlamat terutamanya dalam Perhubungan Antarabangsa yang perlukan diplomasi yang unggul dalam era unipolar sesudah kuasa besar Komunis Rusia berantakan pasca Gorbachev.

Rujukan : http://rarwrites.blogspot.com/2009/02/perang-saraf.html

5 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=QdH62cu9P8k

Anonymous said...

thanks atas link yang menarik

Anonymous said...

Itu kira salah satu bentuk propaganda juga...hehehe!

Anonymous said...

haha memangpun... hari ini mubarak buang majoriti anggota parlimennya...

kononnya nak buat reformasi, nanti kita lihat apa nasib si diktator arab

Anonymous said...

Ana rasa lepas ni dia akan col Raja Abdul Amerika untuk buat umrah juga...hehehe